Wednesday, November 30, 2005

Kisah senior yang melampau..

Minggu nih ada seorang budak yang baru nak tahu tentang dunia bekerja keras telah ditugaskan bersama-sama dengan seorang senior di tempat dia bekerja. Mungkin dalam arena pencarian pengalaman, budak itu telah dipertemukan dengannya satu pengalaman yang agak pahit baginya.

Satu hari dalam minggu nih, budak itu telah menyiapkan segala kerja yang di arahkan seperti di dalam buku kerja yang budak tuh baca. Dalam pada budak itu sedang merehatkan dirinya yang agak kaku dengan persekitaran yang agak asing baginya untuk beberapa minggu nih, arakian, datanglah senior yang ditugaskan bersama-sama dengan budak itu lalu budak itu telah diarahkan membuat satu kerja yang sebelum ini dia tak tahu menahu pon pasal tugas itu.

Budak itu kemudiannya telah diajak ke salah satu stor yang terdapat di situ. Satu kemusykilan telah terbentang di dalam kepala otak budak tuh.. Apa yang harus aku buat kat sini?? Fikir budak itu di dalam hati, hendak bertanyakan kepada senior itu, beliau risau sebab senior tersebut tak pernah kelihatan menyenyumkan diri beliau. Maka dengan kepala yang buntu, budak itu pun telah mendiamkan diri seribu bahasa.

Sesampainya mereka di stor tersebut, maka disuruhlah senior itu menyelongkar stor tersebut dan mencari bahan-bahan untuk dibuang kerana pihak atasan mahu kesemua bahan tersebut dibuang ataupun di'clear'kan dari pandangan mata kasar. Disuruh budak itu menyelongkar tiga buah kotak yang berisi contoh-contoh barang yang dahulunya pernah digunakan untuk kajian. Maka dengan muka selebet, budak itu pon mengikut arahan yang telah dikeluarkan oleh senior tersebut tanpa banyak soal. Satu-satu kotak diselongkar kerana hendak mengasingkan pelastik pembungkus contoh tersebut dengan contoh didalamnya..

Selepas sejam lebih budak itu menyendiri di dalam stor tersebut, maka telah letih lah dia. Walaupun tugas yang diberikan telah selesai dilaksanakan, namun di hati kecil budak itu terasa dirinya telah dipergunakan oleh senior tersebut. Dengan hati yang berang, buda itu pun berjalan tanpa bertegur-sapa dengan sesiapa pon yang ada di situ menuju ker satu telefon awam untuk diceritakan kisah yang terjadi kepada seseorang yang amat pentng bagi budak itu..

Beberapa nasihat telah diberi, Juga beberapa ayat yang kesat untuk budak itu terima juga telah diberi. Dengan muka yang masam mencuka, sekali lagi budak itu telah membuat satu tindakan yang drastik iaitu meninggalkan pejabat dan terus menuju ke arah kantin yang berada betul-betul dihadapan pejabat dia bekerja. Maka duduk lah budak itu di kantin tersebut seberapa lama yang disukainya..

Shingga lagi sejam hendak tamat 'shift', budak itu masuk semula ke dalam pejabatnya dan membuat muka selamba kodoknya membuat kerja-kerja yang tertangguh sebelum ini. Si senior pula dengan rasa bersalah cuba untuk berbaik-baik semula dengan budak itu. Mujurlah budak itu masih mempunyai hati dan maruah serta sedikit rasa ingin menjaga maruah diri, maka berbaik semulalah budak itu dengan seniornya itu...

Sekian sahaja cerita saya kali ini yang bertajuk seniorku di Fumakilla Malaysia Berhad.

Sunday, November 27, 2005

Keletihan...

Assalamualaikum kepada diriku and semua pembaca blog aku..
Seawal pagi aku telah membangunkan diri aku dan terus on komputer. Aku sign in email and read all the msges inside. Herm.. banyak betul spam.. Ader satu mail dari kroni journal..hiks.. Menarik gak kot kalau aku baca blog-blog lain yang katanya telah dibukukan dan dah berada dipasaran. Mesti diorang dah lama dah berblog kan.. Tak la macam aku nih haa, baru la nak menjinak-jinakkan diri dengan blog tahun nih.

Antara blog yang aku sempat nak bukak ialah buku nota dan juga blog sinaganaga. Blog-blog lain aku tak sempat nak bukak la plak pasal aku kena pegi basuh moto pagi nih..hiks. Apa yang telah aku telah membuatkan aku terkedu sekejap pasal story yang ditulis dalam tuh.. tak macam blog-blog lain yang aku telah lawati. Contohnya macam blog sinaganaga tuh haa.. cerita dia buat aku gelak sorang-sorang.. Hiks.. Tak tau la kalau korang bacakan.. Hehehe..

Back to the main topic.. Aku keletihan semalam. Aku pegi kerja macam biasa pukul 6 stgh pagi and balik pukul 3 ptg. Erm.. masa pegi ok.. waktu dalam kerja pon ok la sket, cuma kelam-kabut sket pasal sorang lagi qc tak datang hari tuh. So, aku yang masih dalam training nih pon kelam-kabut la dibuatnya. sekejap-sekejap bebudak dari production datang and mintak tolong on kan mesin, then datang plak sorang nih mintak tolong off kan mesin, datang plak sorang nih suruh check product sample, sorang nih plak datang suruh check mixture chemical.. datang plak ass. supervisor suruh check burning sample.. uwaaa.. Aku jadik kelam-kabut and tak tau nak buat yang mana satu dulu.. Then, bila dah off duty pukul 3 tuh, aku duduk melengung sorang-sorang kat kantin. Ada 2 sebab..

  1. Aku kena tunggu eisz datang amek aku..
  2. Aku nak merehatkan kepala otak aku yang serabut nih..



Betul la kata orang kerja kilang nih membosankan.. Baru nih aku alami perkara yang sebetulnya. Satu puncanya, diorang mengamalkan sistem pengkhususan yang mana boleh menyebabkan seseorang itu tak berkembang lansung sistem pemikiran diorang. So bila aku melepak kat kantin time break time ker or time lunch ker, dorang yang sama dept akan bersembang tentang perkara yang diorang buat kat dalam dept diorang jer.. Hish.. bosannyer..

Ada la dalam stgh jam aku lepak sensorang kat kantin tuh, aku naik rimas pasal kejap-kejap orang yang shift petang bila datang tgk aku tgh melepak kat situ, sibuk jer tanya "tak balik lagi ker?" tak pon tanya "hang buat OT ka?" Argh... korang takleh tgk orang dok diam ker haa?? Aku dah la tgh letih nih.. Dah jadik camtuh, aku pon amek helmet aku and klua dari kilang tuh.. Dalam pale otak aku waktu tuh kosong, taktau nak pegi mana.. Isk isk, mana eisz nih,kata nak call bila nak datang amek.. erm.. takperla aku jalan la slow-slow.. maka berjalan lah aku dengan tanpa hala tuju....

Tgk jam dah pukul 4 ptg. Eisz tak call lagi kata nak datang amek. Hati aku dah mula tak sedap. Tidur ker dia? Pegi jumpa orang ker? Main komputer sampai tak ingat dunia ker? Arghhhhhhh.... Aku teruskan perjalanan aku. Kaki aku dah mula nak cramp.. Takper.. aku kena carry on jugak..

Skang dah 45 minit aku bejalan kaki dan aku dah sampai kat Pasaraya Pacific Butterworth. Sampai jer kat situ, terus aku carik public and tepon Eisz tanya dia kat mana.. Dapat jer trus dia kata dia kat depan factory aku.. Uwaaaaaaaaaaaaaa... naper tak call dulu sebelum betolak dari umah???? Letey aku berjalan kaki.. Kasut aku pon dah basah dari dalam. Tapak kasut pon siap bleh lekang lagi.. Uwaaaaaa.. Dia kata dia tak sengaja, dia lupa nak call sebelum klua..

Hiks.. kan aku dah dapat letih yang sia-sia. Siap dapat kekejangan kaki lagi tuh.. Hiks.. pengalaman la katakan.. Lepas nih aku nak pastikan yang aku kena lebih banyak bersabar. Harap-harap begitulah kan.. Malam tadik aku tido macam tak ingat dunia, sampai call dari friend aku pon aku tak sedar. "Sorry yer Munchen, I'm damn too tired last night which made me slept earlier then before.."


Inilah si Munchen..

Love, hug and kiss..

Friday, November 25, 2005

blog, aku dan .....

Assalamualaikum.. dikesempatan ini, aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada para pembaca blog aku walau pun tak seramai pembaca untuk blog-blog superb yang terdapat dalam malaysia's top blogs tuh haa.. hiks.. Aku rasakan, antara blog aku n blog kengkawan blogger aku yang len kan, aku la yang mempunyai jumlah visitors yang paling kurang.. ada beberapa sebab yang aku kenalpasti tentang kenapa blog aku kurang pembaca...
  • kurang informasi
  • kurang menarik
  • banyak mengarut
  • tak best
  • penggunaan bahasa yang berterabur
  • membosankan sebab asyik meluahkan perasaan jer....


Kadang-kadang kan.. bila aku tanya orang naper jadik camnih..dorang kata.. ala..ko tulis jer memenda dalam blog ko tuh.. ader orang ker takder,lantak laa.. ko tulis tuh kan untuk diri ko jer..so, ader readers ker,takder ker, dulik aper...

Erm..bagi aku kan.. betul jugak aper yang dorang kata tuh, tapi pada aku la kan.. cerita yang aku tulih dalam blog aku nih untuk dikongsi bersama.. Iyerla kan.. segala cerita cemburu, sakit hati, gembira, sedih, enjoy dan segala macam lagi tuh kan, semua tuh aku nak kongsi ngan seluruh pembaca di dunia nih aa.. sebab tuh kengkadang aku tulih post aku dalam english...

Poems yang aku karang tuh pon untuk tatapan semua.. aku bukannyer aper kan, bila kita ada ilham, kita luahkan jer laa..tak payah la simpan lama-lama buat pekasam.. bila dah basi dalam kepala otak tuh, mula la idea lain pon jadik busuk jugak.. erm... entahla monyet..

at the same time aku baca blog orang lain, ader gak yang mengeluh macam aku nih.. semua buat perbandingan dengan blog-blog yang mantap dan berkuasa..hahaha..sian kita kan labu???takpe laa..tulih jer la post tuh..kalo ader org nak baca, baca lah...kalo takder pon...aku tekan jer la refresh tuh banyak kali...baru la rasa macam org dah masuk blog aku banyak kali kan...hiks..

ok laa... aku rasa sampai sini jer la dulu ek.. adios..


love, hug and kiss..

Tuesday, November 22, 2005

The damn boring day...


Hi all.. now a days seems like I'm a bit lazy to write things i've done in my blog. Don't know why.. Even there were some interesting stories in my daily life, but still I don't think I wanna write it in my blog..

But today it is different.. Last week I went for an interview with a factory named Fumakilla.. and the story is I've been approved to be one of the worker inside the factory as a Quality control inspector.. Hahaha.. inspector? what a job... anyway..back to the story..

Today I start my work there as Qc. I reached there around 8 a.m and after sending my love to work..(my work place is just in front of my love's work place) I went to the factory and waited at the canteen since the HR told me to see them at 830 am.. For the first time I saw peoples buy foods using coupons.. hiks.. Then when it came to me, I asked the cashier,"can I pay by cash??" and then she smiled and said,"yes, we do accept cash.." hehe.. huh, what a rilief..

I waited there for about half an hour then I went to see the HR.. not the HR,but the chief Qc appeared and brought me to the QC's room.. There I met some senior worker who had been working there for some years.. The introduction had been held, then I'd been shown to my working area..

I got a very simple job.. All I need to do is just inspecting the works done by the operation dept.. and also need to check whether the Fumakilla coil done is base on the specs.. that all my work descript.. and the rest of the hours??? just sit down in the QC's room and do nothing at all..

Recess at 1230 to 1330.. One hour had been given to me.. After having lunch, I had some chat with other workers and guess what I found.. A senior worker who wants to speak english using his own grammar and pronunciation.. huiyoo.. and he kept on repeating and pronounce the word "CLEAR" as "KILEAR"..hikss.. nice new word I thought in my mind..

Went back to QC's room, perfome prayer and then blur... Argh..what should I do from 1415 to 1630???haiyoooo.. Since I did nothing there in the room, so I went out to perform my own inspection.. Haha.. At 1500, the rain start to fall down to the earth and made the land wet.. so do I, a person walked around the factory without any head cover..

Base on what the QC's chief had told me, starting from tomorrow, I need to come to work from 0700 to 1500..huh.. again.. in my mind had a new setting(wake up at 0600)huwaaaaaa...As a conclusion, today is my damn boring day.. Adioss...

Love, hug and kiss..

Thursday, November 17, 2005

Hari-hari yang berlalu

Masuk minggu nih dah 3 minggu aku melepak kat umah without nothing to do.. Lepas jer raya hari tuh ingat nak gi carik kerja, but then, I also cannot expose my teaching dip. Do I need to do so? Nah.. I don't think so.. parent aku soh aku balik Pahang, tapi aku malas nak balik. Nanti aku dok sana pon bukannyer ada apa yang hendak dibuat pon. Kengkawan plak semua kerja. Takkan la aku nak melepak seorang diri aku jer. Lagi pon kalo aku balik Pahang, tak boley la aku nak tido sampai kol 10 ke, 11 ker tak pon macam kelmarin aku tido sampai kol 4. Hehehe..orang kata, kalu sembahyang tuh boley di qada', tak salah kan kalu tido pon di qada'..

Tapi kan bukan hari-hari aku dok melepak jer.. Dalam masa dua minggu aku dah gi interview ke beberapa tempat kerja yang boleh mengisi masa lapang aku. Antaranya aku telah ke Auto City di Juru untuk menjadi sales representative. Aku dah dapat kerja tuh, tapi aku plak tak sanggup nak tipu bos dia pasal aku cakap aku takder kerja buat masa yang lama..Since bos dia tuh melayu, so aku telling him the truth laa.. Aku kata aku nih keje cikgu n aku tak sanggup nak tipu dia kata yang aku takder kerja.. Then aku plak try pegi pizza hut yang berhampiran.. pon sama, aku telah diterima masuk, tapi yang lecehnya, banyak plak songeh bos dia tuh. takleh simpan janggut la takleh simpan misai laa.. aku tengok si biskut tuh selmaba kodok dia jer simpan janggut..ops terlupa plak yang si biskut tuh bos pizza..hiks..

then aku try other factories yang ader around seberang perai nih haa.. kilang printing dapat, tapi bila dia soh bawak forklift, aku takleh nak bawak and the last one yang aku pegi, semalam.. kilang fumakila..jadik qc.ngan sedikit kelentong yang aku buat, aku rasa aku akan dapat jawatan tuh, tapi tak sure lagi laa ok ker tak.. Aku tgk kerja dia pon ok jer.. Tapi yang tak tahannyer plak aku akan bergelumang ngan ubat nyamuk sepanjang hari aku bekerja kat situ.. Balik dari situ, aku gi melepak ngan geng-geng aku yang len.. Tetiber jer sorang member aku nih sound kat aku naper aku tak tanya dia pasal part time job nih haa.. aku kata dah tentu baru hari ni aku jumpa ko..so.. jgn cakap banyak..hiks.. Dia kata kat kilang membuat coklat vorcher ader nak pakai ramai part timer..income pon leh tahan.. then aku kata aku akan try gi tgk kat kilang tuh..but not in this short while laa..hiks..

Sabtu lepas aku telah pergi ke pulau sayak(nama jer pulau, tapi bukan pulau tau).. So, sini ader beberapa gambar yang aku telah snap dengan menggunakan hand phone Eisz..


Gamba eisz ngan kucing yang suka enterframe..


Gamba side kat resort yang kitorang stay..


Pose kat mural resort tuh..


Entrance ke homestay kitorang..


Homestay yang berharga RM40 sebuah..kitorang amek 3 buah..


Gamba batu-batuan yang ader kat tepi pantai kat situ..


Pose kat temapt rehat..


Panorama yang diambil seawal pagi sebelum sunrise..

Sebenarnyer banyak lagi gambor..tapi malas la aku nak letak semuanya kat dalam nih.. Kitorang datang sini pon ader dua sebab.. First, pasal nak sambut belated si Imran and also want to try the Mee udang kat sini... Memang sedap..

Harga untuk mee udang nih ialah RM6..

Aku rasa sampai sini jer la dulu aku mengarut.. Jumpa lagi di lain post.. Adios..

Love, hug and kiss...

Wednesday, November 9, 2005

Hari raya ku..



Assalamualaikum semua..huh..dah lama gak aku tak hapdet blog aku kan..bukan aper kan..sebenarnya semenjak dua menjak nih aku nyer aurora kemalasan dah mula meningkat sehingga mencapai tahap langit ke-7.. Ahaks..

ok laa..bia aku sambung balik kesah aku sempena hari raya nih..mengikut ramalan ara pengkaji cuaca, my family is going to come here at penang to celebrate hari raya.. then lagi selang sehari nak raya my dad called and katanya tak boleh nak balik.. bley plak soh kitorang balik ke pahang..aku tersentak la kan..celah mana nak carik tiket balik kampung tem-tem camnih... abang aku plak siap kua sejasyen nak balek nek moto honda wave 125 dia tuh.. gilo ko apo??? kemudian mak aku kata, takper laa..minggu depan hari selasa ker, rabu ker, mak ngan abah balik... erkk tekilan plak rasanya.. tapi ok gak camtuh, pasal kalo aku balik sorang serupa iye la tak yah balik..lansung tak meriah...

Si Eisz plak memula nak balik kl..tup-tup tak jadik gak pasal family dia dah on their way..dah tuh nanti kat kl nak beraya ngan saper?iyer dok?.... so, bermula la segala aktiviti yang aku selama nih tak pernah tepikir nak buat.. memasak rendang... huhu..segala resepi aku tanya mak aku, eisz plak carik kat internet..well..zaman teknologi canggih la katakan.. siap nak baya zakat fitrah secara online lagi, tapi setelah di tegur oleh paksu eisz, tak jadik la plak...


Rendang yang hampir siap


Intipati untuk popia kecik..(inti tuh kitorang guna daging burger)


Kulit popia yang akan diisi dengan inti tadi


Antara juadahs yang tersedia untuk hari raya pertama sebelum aku ngan eisz pegi Tikam Batu jumpa eisz's family...

Aku sebenarnya tengah demam nih.. so badan aku sakit-sakit plus lemah-lemah.. So aku stop je la ek...

Selamat Hari Raya Aidilfitri.... Love, hug and kiss