Friday, January 27, 2006

Baby Bean???

Found this pic while I'm checking my internet temporary folder.. Check this baby Bean

Thursday, January 26, 2006

Elephant Village dan Badminton Court..

As I create my post today, my hand still shivering, suffering from the crack of my muscles..

Seven thirty, I came back from buying some foods for dinner as I hate to eat outside lately because of the excitement of watching Naruto with Eisz.. After a while, I received a call from Usmang. "Bit.jom badminton","biler?","sembilan setengah"..

Without further ado, I did some preparation for my game..It been quite some time I did not involve with "these" kind of things and as for the result, my tummy got bigger..

So, all have been decided.. There..Ah Seong n his friend, Alimin, Usmang, Wannie, Iory and Munchen.. Me and Eisz reached there after they already had some frame..

So..We play..lost some frame,had a break.."Kenapa orang panggil tempat nih kampung gajah aa??tak nampak pon gajah kat sini..jangan kata gajah, patung gajah pon tak nampak",me.."entah la bit",Eisz..as he ate a corn ice-cream...

Wednesday, January 25, 2006

Esok Camner?

Esok camner ek?
Nak pegi ke tak?
Kalu nak pegi aku booking siap-siap..Kalu tak pegi leh aku pegi tempat lain..

Esok camner ek?
Ader ker takder?
Kalu ader lagi sok aku nak beli..kalu takder malas la aku nak menjengah ke tempat tu lagi laa..

Esok camner nih?
Nak jumpa aku tak?
Kalo nak jumpa aku tak pegi memana..Kalu tak nak jumpa cakap siang-siang, takder la aku nak tunggu ko lelama kat situ..

Esok camner?
Esok dah nak start cuti raya cina..AKu nak pegi mana??tak pegi memana kot..Reason??
Nak lepak kat umah jer kot..Tak balik kampung?Takper kampungku sudah berjaya..pembangunannya tersusun..ada jentera ada kereta proton wira..kelapa sawit bertimbun..

Thursday, January 19, 2006

Haiwan Penaung..

Jan 01-09 ~ Anjing
Jan 10-24 ~ Tikus
Jan 25-31 ~ Singa
Feb 01-05 ~ Kucing
Feb 06-14 ~ Merpati
Feb 15-21 ~ Kura-kura
Feb 22-28 ~ Harimau Bintang
Mac 01-12 ~ Monyet
Mac 13-15 ~ Singa
Mac 16-23 ~ Tikus
Mac 24-31 ~ Kucing
Apr 01-03 ~ Anjing
Apr 04-14 ~ Harimau Bintang
Apr 15-26 ~ Tikus
Apr 27-30 ~ Kura-kura
Mei 01-13 ~ Monyet
Mei 14-21 ~ Merpati
Mei 22-31 ~ Singa
Jun 01-03 ~ Tikus
Jun 04-14 ~ Kura-kura
Jun 15-20 ~ Anjing
Jun 21-24 ~ Monyet
Jun 25-30 ~ Kucing
Jul 01-09 ~ Tikus
Jul 10-15 ~ Anjing
Jul 16-26 ~ Merpati
Jul 27-31 ~ Kucing
Ogas 01-15 ~ Monyet
Ogos 16-25 ~ Tikus
Ogos 26-31 ~ Kura-kura
Sept 01-14 ~ Merpati
Sept 15-27 ~ Kucing
Sept 28-30 ~ Anjing
Okt 01-15 ~ Monyet
Okt 16-27 ~ Kura-kura
Okt 28-31 ~ Harimau Bintang
Nov 01-16 ~ Singa
Nov 17-30 ~ Kucing
Dis 01-16 ~ Anjing
Dis 17-25 ~ Monyet
Dis 26-31 ~ Merpati



Anjing:
Kamu memang seorang yang setia dan manis orangnya. Kesetian kamu memang tidak boleh disangkal lagi. kejujuran dan keikhlasan adalah kekuatan kamu, malahan di dalam kerjaya kamu memang boleh dipercayai. Kamu adalah orang yang sederhana dan sering bersikap rendah diri.Kamu bukan orang yang akan mencari masalah dan sukakan suasana yang damai.Kualiti itulah yang menjadikan teman-teman suka berada di sisi kamu. Cita rasa kamu di dalam fesyen juga diakui baik dan kamu akan mudah terasa malu dan sedih sekiranya alamari pakaianmu tidak lengkap dengan pakaian yang mengikut peredaran fesyen. Biarpun kamu tidak mempunyai teman yang ramai tetapi teman-teman yang bersama dengan kamu memang mempunyai kualiti yang baik.

Tikus:
Kamu ini memang penuh dengan muslihat! Namun, sikap itulah yang menjadikan kamu nampak bijak dan menjadikan wajah kamu comel dan mudah menarik perhatian orang disekelilingmu. Ramai yang suka berkawan dengan kamu kerana sikap kamu yang memang mengundang keseronokan kepada orang lain. Memang kamu sering dijemput untuk memeriahkan majlis dan ramai yang menyukai kehadiran kamu, tetapi kamu begitu sensitif orangnya dan itu menjadikan orang sekelilingmu berhati-hati untuk berbicara dengan kamu. sekiranya ada yang berani menggunakan perkataan kasar, memang mereka akan mengundang kemarahan kamu di tahap maksimum! Kamu perlu bijak mengawal emosi kamu kerana teman-teman juga manusia yang tidak lepas dari melakukan kesilapan.

Singa:
Begitu kontra dengan spesies kamu, rupanya kamu ini memang pendamai orangnya. Kamu tidak suka terlibat dengan pertengkaran atau pergaduhan. Kamu begitu sukakan aktiviti luar rumah dan tidak gemar melepak tidak tentu arah tujuan. Memang dilahirkan untuk menjadi ketua dan memberikan arahan kepada orang lain dengan cara yang paling disenangi. Kamu memang suka menyayangi dan disayangi orang lain. Namun, kamu memang mudah dipermainkan oleh orang lain, jadi berhati-hati.

Kucing:
Kamu memang penyayang, disayangi namun kadang-kala begitu pemalu. Kamu sukakan keadaan yang senyap dan damai. Di dalam kehidupan, kamu suka mempelajari tentang perkara baru dan sentiasa melakukan setiap sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Di dalam situasi normal, kamu memang nampak tenang tetapi apabila kamu dicabar, serta merta kamu mudah mengamuk! Mereka yang bernaung dibawah kucing memang bijak bergaya. Orang sekelilingmu sering menjadikan kamu sebagai idola di dalam berpakaian. Kamu bijak bersosial tetapi hanya bercakap dengan orang kamu kenali. Kamu memang begitu berhati-hati memilih teman.

Kura-kura:
Kamu semakin hampir dengan kesempurnaan dan begitu baik hati. Kebaikan kamu akan sentiasa dikenang orang sekeliling kamu. Kamu sukakan kedamaian, sekiranya teman-teman ada menyakiti hati kamu, kamu tidak akan cuba menyakitkan hati mereka pula. Kerana ini, kamu memang disayangi dan disenangi teman-teman. Kamu juga tidak suka cakap belakang dan orang sekelilingmu begitu senang dengan cara kamu melayan mereka. Kamu sentiasa akan memberi kasih sayang dan tidak pernah mengharapkan balasan. Pemurah juga adalah sikap kamu dan kamu sentiasa melihat kehidupan sebagai latihan praktikal.

Merpati:
Kamu adalah simbol sikap yang sentiasa riang. Apa saja yang kamu lakukan, kamu akan enjoy setiap detiknya. Kahadiran kamu menjadikan teman-teman serta orang sekeliling begitu riang dan senang dengan sikap kamu. Kamu adalah ketua di dalam kumpulan teman-teman dan bijak memujuk dan menghiburkan hati orang yang sedang gundah-gulana. Hipokrasi adalah sifat yang paling kamu benci dan orang yang sebegini memang kamu tolak tepi. Di dalam pekerjaan, kamu memang teratur dan sistematik. Namun, awas! Kamu mudah jatuh cinta!

Harimau Bintang:
Kamu seorang yang misteri. Kamu boleh berhadapan dengan tekanan dengan tenangnya. Kamu juga boleh menghadapi setiap senario yang menguji kesabaran tanpa perlu mengamuk untuk melepaskan geram. Kadang-kala, kamu ini kejam orangnya. Hmmm..kamu suka bergosip tetapi hanya bersama dengan teman-teman yang kamu percayai sahaja. Mereka yang bernaung di bawah harimau bintang adalah begitu teratur dan kemas orangnya. Tetapi, apa yang tidak tahan dengan sikap kamu yang mahu setiap sesuatu mengikut cara kamu. Sikap itulah yang menjadikan kamu senang hilang kawan. Namun, apabila teman-teman menghadapi masalah, kamu adalah orang pertama yang mereka cari.

Monyet:
Tidak sabar dan begitu hiperaktif! Kamu mahu segala-galanya dilakukan dengan pantas. Namun, kamu memang sederhana orangnya dan begitu suka apabila ramai yang memberikan perhatian kepada kamu. Kamu bijak berhadapan dengan masalah dan tidak mahu terlibat dengan sebarang kontroversi. Setiap langkah dan keputusan, kamu akan berfikir sebelum melakukannya. Kamu mempunyai kata hati yang kuat dan itulah yang menjadi penyelemat kepada kamu. Jangan tidak tahu, mereka yang bernaung di bawah monyet memang begitu bijak mencari wang dan begitu pandai mengatur kewangannya. Kamu memang akan berjaya di dalam perniagaan.

Aku copy mender niih kat satu blog aku aku jumpa secara tak sengaja..aku nyer binatang penaung ialah tikuih..kekeke..baca la personaliti aku..Percaya??terpulang kepada individu..

sserts!!

Hish! Apsal takleh plak nih?? Argh!! Rosak ker??..terbelek-belek.. Laa, terbalik le pulok..hish buat malu kaum jer..hehe..kes tengah hari pada suatu hari aku masuk kerja..masa nak punch card..

Huargh.1350..erk, awal menguap, mata nih plak berat semacam jer..pejam la kejap..ngoong..ngeeeeng..ngoong..tuuunnggg..prang.. Woi!!!! Korang bising buat aper?? tak nampak ker aku tengah ada kerja nih?? Ha?? Nak kena sepak??..mmm, memang aku tengah buat kerja masa tuh tapi tanpa aku sedar mata aku tertutup seketika buat beberapa saat...letih ker??tak lah..aku mana kenal erti letih, cuma sserts jer..

Kata doc kalu kita tengah sserts nih, emosi memang tak menentu..otak plak sesenang jer letih..bila otak jadik malas..mata pon tutup ler otomatik..simple jer teori aku nih..hehe..but anyhow thanx kids..you all had opened my mind back to normal..

Argh!!!! 1420..kenapa la sekolah nih taruk bebudak bebals dalam kelas nih..keseluruhannyer plak tuh bebals..kalo sorang dua tak kesah lagi...hangin jer satu badan aku dibuat nyer korang... Emosi terganggu ker?? Well, maybe pasal dalam mind dah set sserts, maka dengan secara otomatiknya jugak emosi aku akan memuncak..tapi aku tetap tak tunjuk keseluruhan emosi aku depan bebudak tuh..jangan salahkan saya ek..saya tengah sserts..

B..wet u ader baper??wet I tingal doploh jer..erm..takper laa u guna la wet tuh dulu..I ader sket lagi..takper..skang nih kat sekolah I tak makan sangat pon..Isap okok jer yang banyak..erm...banyak isap okok??bosan ker?? Hehehe..tak ler bosan sangat, tapi sebab sserts tuh la yang membuatkan I smoking... Wet?? Sket jer tinggal neh..Argh!!!Sserts nyer pale otak aku.. Kabuak!!! Aku ketuk pala aku sendirik tuk ilangkan sakit..hehe..memang mujarab...

Well..itu semua cerita tiga pat hari lepas..skang??otak aku dah kembali normal..wakaka...Ganbate..nobita...

Sunday, January 15, 2006

Prak..

Pagi redup jer.. Ada sepasang mata memandang jauh ke satu sudut. Sudut yang memberikannya penuh dengan pengalaman, penuh dengan inspirasi, penuh dengan tanda tanya. Baginya sudut itu memang ada keajaibannya tersendiri..

Tanpa disedari, tiba-tiba air matanya jatuh membasahi pipinya yang sedikit tenggelam.. Ahh!! kenapalah air mata bodoh ini mengalir..yang lepas-lepas tuh sudahlah..buat apa nak dikenang kembali... Air mata terus mengalir..

Keredupan pagi menyamankan tubuh insan ini. Walaupun air matanya terus saja mengalir, namun dibiarkannya saja..

Awal tahun lepas... Hello..I nak datang jumpa u nih..u dekat mana??I ada dekat tempat kerja laa..kenapa?? Lah..orang nak datang jumpa dia boleh plak dia tanya kenapa..hish, tak jadik laa datang. Iyerla, dah orang tak sudi kita datang..Ehehe bukan camtuh..ingatkan ader apa ker yang penting yang menyebabkan u datang sini.. Rindu laa kat u... Ermmm

RINDU..kenapa perkataan itu sering diungkpkan oleh insan yang kita sayang apabila kita berjauhan? Kenapa perkataan itu menjadi sering menjadi mainan mulut? Kenapa tiadakah perkataan lain untuk menyatakan sesuatu selain dari rindu?? Ya..insan itu juga sering merindukan pasangannya itu..namun masalah kerja telah membantutkan pemikirannya untuk kearah kerinduan itu..

Tapi tak mengapa, disebabkan rindu itulah.. maka pasangan yang berjauhan itu seringkali berjumpa dan meluahkan perkataan sayang...Apakah ianya akan berkekalan??mungkin ya mungkin tidak..

Keadaan itulah yang menyebabkan insan yang merenung ke sudut di tepi tiang itu mengalirkan air matanya. Di manakah kata-kata rindu yang biasa didengarinya sebelum ini??di manakah kata-kata sayang yang selalu diungkapkan sebelum ini?? Adakah dirinya sudah tidak disayangi lagi..

Air matanya terus mengalir..

Perhatiannya beralih ke arah jam yang berada tidak jauh dari tempat dia duduk..Ahh..aku sudah lewat..

Biarlah perkara yang sudah berlalu itu di simpan di sudut itu dan bukan di sudut kamar hatiku..Semoga saat indah yang dulu akan kembali semula biarpun di sudut mana sekalipun.....

Saturday, January 14, 2006

Yang Lepas..

Dekat simpang tiga..

Dreng..dreng.drenggggggggg...
satu hari aku berjumpa...cek mek molek jual bunga...
senyuman manis menusuk hati..gugur bagai jantung ini..
siapa....hati tak tertawan....

erk..weih..tukar la lagu lain..aku lupa lirik laa..

Dekat simpang tiga.. kat pondok tunggu bas..

Weih..esok kita gi memancing nak??kat mana?? Alah..belakang kongsi Pak Ya tuh..Aku dengar siru lubuk haruan.. Haruan makan anak tuh ker??hahaha..

Dekat simpang tiga tu..

Ko rasa tahun nih siapa menang??BN ker Pas?? Aku rasa Manxhester United..wakaka..

Semua dekat simpang tiga tuh.. Depan rumah Zaidi kawan aku.. yang melepak aku, Zaidi, Sadat, Ikhwan, Paan, Bob kawan Paan, Arel anak Pak Amid, Sidan anak Pak Bakaq, Hadi anak Jamal, Pak 'Un, Men, Derus, Lan Botak, Lan Bijan, Lan Tukang, Udin Lembu, Udin Pak Ya Trompet, Saari abg Sidan, Sham tonggek, Shahril no 6, Pak Itam...

Sekarang yang melepak kat situ bebudak ingusan yang baru nak kenal erti Kehidupan...
Erm..dah lama aku tak balik Felda Lepar Hilir 3...tempat aku membesar.. Aper jadik ek ngan tempat melepak tuh......

Thursday, January 12, 2006

Pergh..

Assalamualaikum...

Pergh, lame gok koi tok updet blog loi nih haa.. dekat due minggu lebey.. bukain mendernyer budaok, koi takder masernyer nok menyinggah depain pc lelame...ishishish.

Ceghite pasei Japanese Garden, koi ghase tak yoh ler koi nok ceghite yek.. Lagi pon ghodong koi si debab Imran doh ceghite memacam doh kat blog die. Ahaks..

Ghindu pulaok koi kat Pahang. Lame bebenor doh koi tok balek Pahang.. Doh ghase macam budaok Penang sepenuhnye la pulaok..Hahaha...

Dalam dua minggu lebih nih, memacam jadik kat aku yang menyebabkan aku letih memanjang.. First thing, aku takder transport aku sendiri untuk ke tempat kerja aku, so, aku kena la menumpang bas. Nak pegi sekolah, aku kena tertenggek kat bus stop yang jauhnya lebih kurang pat ratus meter dari kediaman aku(aku berjalan ke situ) lebih kurang pukul doblas.. Yang aku tak terasa best nyer, aku kena tunggu bas bas tuh dalam keadaan yang tak menentu. Kengkadang bas tuh sampai kol 1245, kengkadang kol 1255, and kengkadang kol 1 lebih. waaaaa, aku nak beli moto....(nak beli keta??nanti la kot..bajet takder lagi nih...ahaks)

Kat sekolah plak, cam biaser la kan..aku dikira rookie laa, even aku dah xperience mengajar dah dua taun, tapi still dianggap sebagai tenaga pengajar peringkat baru keluar Maktab..wakakaka...memacam diorang remind kat aku balik.. Tahun nih, aku kena mengajar tahun 2 tiga kelas(2 kelas ok n 1 kelas ko), and tahun 3 satu kelas(kelas yang paling hujung sekali kedudukan otak murid²nya).

Stail aku mengajar?? Macam biaser, memula masuk kasik diorang gerun sket..semua muka mencuka..then dah dua tiga hari baru la aku buat buat kasik klaka sket..and skarang bebudak tuh dah mula mesra ngan aku.. Ayat peberet aku.."korang nih kan, kalo nak belaja ngan aku, kena belajar pepandai. Kalo korang nak jadik bodo, baik korang tinggal jer dalam reban"...then aku sambung mengajar..Kekekeke..

Then.. tiba masa untuk balik.. Isnin sampai Rabu, aku balik kol 6.35, while Khamis n Jumaat, balik kol 6.o5. Mianggu pertama ok... pasal time aku balik, bas akan tiba lebih kurang sepuluh minit aku tunggu.. Tapi yang aku hangin satu badan tuh, start dari hari rabu minggu nih..bas sampai dekat pukul 7 stgh.. cilaker punyer bas..dekat satu jam aku tunggu.. tapi yang tuh ok lagi la kan aku tetpa dapat naik bas... Dan paling aku meletup, semalam nyer kes... Aku tunggu bas cam biaser dalam pukul 6.15 (dah aku balik pukul 6.05)memula aku nampak ader satu bas datang dari arah bertentangan dalam pukul 6.25..ok aku tunggu.lamer siot..tunggu..tgk jam, kol 6.45 tak sampai lagi, tapi ader satu lagi bas datang dari arah bertentangan jugak..

7.15..bas pertama samapai, aku tahan..driver dia tanak berhenti..KAMBING punyer bas.. aku dah marah kan...dah ler satu jam aku tunggu ko, sekali dah ko sampai, ko leh tak bagi plak aku nek.. Aku marah..aku jalan dengan perasaan marah dari bus stand tuh ke satu bus stand yang jauhnya lebih kurang 2 km dari situ untuk tunggu bas yang satu lagi tuh..

7.30 Tak lama aku lepak, bas datang..lega sket.. sekali lagi KAMBING punyer bas... taknak berhenti jugak...cilake...har..h..b..i habeh semua ayat jampi sumpah seranah terkeluar dari mulut aku yang PENYABAR la sangat nih kan...

Then aku amek keputusan balik terus umah dengan berjalan kaki..Kejauhan??? tanak ame kira..ghaser nyer lebih sepuluh kilo meter kot.. Pastuh Eisz kol tanyer kat mana.. Aku jawab dengan termengah-mengah, aku tengah berjalan.. Sampai umah jer, Eisz tanya sekali lagi nape tak nak kol soh dia datang amek??? Aku bagi alasan public rosak(sorry Eisz..aku tengok satu public tuh takder gagang, so aku amek kesimpulan public kat pekan Penaga tuh semuanya rosak..)sebenarnyer aku tanak susahkan sesaper nak amek aku pasal aku tau aku buat tindakan bodoh sesangat waktu tuh.. Pon satu lagi aku memang marah gila ngan pemandu-pemandu bas yang cilaker tuh..

Kesimpulannyer..aku sampai umah dengan keadaan kaki yang menggeletar..samapi ler ke pagi tadik.. Uwaaaaaaaaaa...

Thursday, January 5, 2006

France - Bukit Tinggi day 1

Pagi tuh Munchen mengamuk ngan aku.. dia marah aku apsal bagi direction salah.. Uwaaa aku dah dah bagi betul tapi ada clash ngan direction org K.L. hehehe..sorik yer munchen.. Aku tunggu ko kat Projet dari Zoo tapi ko tunggu aku kat Projet Dari Gombak..mano den nak tahu..

Anyway semua berjalan ngan lancar.. Tak lama menunggu (thanks to Eisz's father coz he was able to send us even the place is quite far..), maka datang lah segerombolan pelancong-pelancong yang kelewatan..habeh lima batang aku isap okok, baru kowang datang.. So macam biasa laa yang pegi tuh.. Dato' ngan Datin, e ngan afdlin, zyf, lego n kiah, aku, eisz ngan munchen....dekat Genting Sempah, tertonggok si hard n rusdi..Kitorang lepak kat Sempah jap tunggu organizer datang.. Si Jimmy and Eric..

Sampai jer kat kwsn Bukit Tinggi, terus gi check in..Lepak-lepak kejap kat dalam apartment tuh, then kitorang gi Colmar Tropicale.. Ader plak yang sesat pegi Japanese Garden..ahaks..jauh tuh mendaki...

Snap some pix, then pegi la makan kat staff area yang mana harga makanan tak berapa mencekik darah sgt.. kat situ plak ader satu insiden yang mana salah seorang dari kami telah terjatuh..erm..bukan terjatuh..tapi kerusi dia patah kaki..maka terbanglah ayam-ayam di atas meja... then balik apartment main monopoli.. Dato' kongker prmainan dengan aset melebihi 20 ribu dolar..wakaka.. aku orang kedua bengkrap selepas Jimmy woo..tak lama lepas tuh Aflin klua n Lego..tinggal lagi Eisz, Usman, n Dato'..wakakaka..End..

Kajang - K.L malam New Year

Malam nih you nak join member-member sambut New Year tak?? Maleh laa, lagi pon ayah cakap nak ajak makan satu family. Oh..ok jer.. So malam tuh kitorang puas mencarik tempat makan yang best..last-last satu keputusan mengejut dibuat, kami semua ke Kajang untuk menjamu sate Kajang yang terkenal tuh..ahaks. So, sampaijer ( dalam pada terpusing-pusing mencarik restoran tuh ) tengok penuh...erks..

Pilih meja, order time.. sate ayam 30, sate lembu 30, sate kambing 10, sate rusa 10. Bila order sampai, yang aku kenal sate ayam. lembu,kambing, rusa, semua sama warna.. lagi pon aku tak makan kambing sebab alergi..so, nak merasa sate rusa pon takut sebab kang tersilap amek plak kang terhamek yang perasa kambing, mampos aku, ehehehe.. So, melantak laa aper tunggu lagik.. wahahaha..



Tuesday, January 3, 2006

Putrajaya - K.L 31 Dis

"Woit..nak ke mana hari nih??"Aku.. "Kita gi jumpa Zackie jap" Eisz.. Orait.. turun bawah tahan cab terus pegi Pandan Indah.
Samapi jer kat situ, si Zackie dah ader kat luar kedai dia.."Laa korang baru datang??Jom ikut aku pegi Putrajaya""buat aper??""Aku tak buat IC lagi laa" Erk..tu lah manusia, dah terdesak baru la nak tergopos-gapas..So, pegi la Putrajaya tuh.. Walaupun dah beberapa kali aku menjengah ke tempat so called Putrajaya nih, aku tetap mengkagumi semua senibina bangunan kat sini.. So pe lagik, dengan berbekalkan hand phone Eisz, kitorang begamba sakan kat situ.. banyak sangat gambarnyer...tapi aku upload sket jer la ek..hehe Adioss..