Aku baru balik dari Pahang, tempat aku dibesarkan. Aku lahir di Sekinchan, Selangor. Family aku banyak berpindah. Yang paling banyak merasa tempat tinggal ialah abang aku yang sulung, Apiet.
Aku balik Pahang dengan Eisz. Dari stesen Butterworth, terus ambil tiket ke Kuantan. RM 36 seorang. Gambaran mak dengan abah aku terngiang-ngiang dalam pemikiran aku. Aku harap mereka dalam keadaan yang baik setibanya aku di sana nanti. Lagipun abang aku yang ke-2 dah pun berada di sana dua hari sebelum aku bertolak pergi.
Sebenarnya tujuan aku balik ke Pahang bukan hanya sekadar berjalan-jalan tetapi ingin berjumpa dengan kedua orang tua ku yang khabarnya dalam keadaan yang tidak sihat. Aku terima mesej dari abangku dua minggu lepas yang mengatakan abah pengsan masa nak pergi mandi. Mak pula tidak dapat nak bergerak sangat disebabkan oleh penyait athmanya yang agak ketara.
Seterimanya aku mesej itu, terus aku menelefon mak. Panjang juga perbualan antara aku dan mak. Abah pula tak boleh nak bercakap sangat. Nak bergerak pon terbata. Penyakit darah tinggi abah semakin menjadi-jadi sebab abah kurang rehat kata doktor. Itu semua sebab dalam beberapa minggu sebelumnya, abah lansung tiada rehat di rumah. Ada saja panggilan serta jemputan orang untuk kahwin. Bukan dekat, tapi jauh. Ke Kelantan, ke Terengganu, ke Bukit Goh, ke Jengka, dan juga ke lain-lain tempat.
Aku pernah pesan dekat abah suatu waktu dulu. Aku kata abah kena kurangkan keluar dari rumah. Abah perlukan rehat yang banyak. Begitu juga dengan mak. Sudah berbuih mulut aku menegur supaya rehatkan saja badan itu di atas tilam (mak tidak suka tidur atas katil). Tapi mak dengan abah tetap tegar. Tidak mahu mendengar kata-kata anaknya yang suka membantah ini. Kalau abang aku yang kedua, kata-katanya sering di ikut oleh mak dan abah. Iyalah anak kesayang mereka lah katakan.
Banyak perkara yang aku fikirkan ketika berada di dalam bas. Aku juga menangis tempoh hari apabila aku mendengar suara sayu mak ketika berbual di telefon. Suara aku tersekat-sekat ketika perbualan tersebut berlansung.
Kami(aku dan Eisz) sampai di Simpang Muadzam(tidak berapa jauh dari bandar Kuantan) kira-kira pukul 6.05 pagi sebab kami bertolak pada pukul 10.00 pm. Ayie, abang aku yang ke-2 datang bersama dengan abah. Aku tegur abah tanya kenapa abah datang sekali. Bukan kah abah tidak sihat? Tapi abah memang degil. Dia tetap nak juga mengikut sekali. Itu lah abah aku, seorang yang keras kepala. Dulu suruh pergi hospital pun tidak mahu. Banyak belanja katanya. Namun, kalau kami yang sakit dan malas hendak ke klinik atau hospital terus saja disangkalnya dengan mengatakan jangan sayangkan duit. Abah, abah.
To be continue..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment