Friday, March 10, 2006

Mak dan Abah 2

Sampai jer kat rumah, terus aku carik mak aku yang ada kat dapur. Aku salam, aku cium tangan mak aku. Aku kata aku mintak maaf banyak-banyak pasal tak pernah nak ambil tahu hal family kat kampung selama ini. Aku menahan sebak dadaku melihat muka mak yang dah semakin cengkung dek menahan sakit. Pun begitu, mak tetap juga menggagahkan diri memasak sambal kegemaran anak-anaknya. Sambal ikan bilis.

Pada aku tiada seorang pun yang boleh menandingi kesedapan sambal ikan bilis mak. Mak senyum tengok aku dah selamat sampai ke rumah. Mak, Ajib sayang sangat dekat mak. Mak janganlah buat benda-benda yang boleh sebabkan mak sakit lagi(perbualan aku dan mak lebih kepada bahasa banjar).

Aku duduk rumah sepanjang dua hari aku kat Pahang. Aku tidak mahu keluar untuk mengunjungi kawan-kawan aku. Sebab? Tujuan aku balik bukan nak meronda dan berjumpa dengan kawan-kawan aku, tapi nak tengok keadaan mak dengan abah aku. So, aku tak ke mana-mana. Sorry Eisz, aku tak bermaksud nak memerap di rumah saja. Kesian pulak aku tengok Eisz yang duduk kat rumah dan tidak tahu nak buat apa.

Then hari Ahad tengah hari, aku dan Eisz pergi beli tiket untuk pergi ke K.L.(Eisz nak pegi jumpa mak ayah dia pulak). Abah hantar, Amar(adik aku yang bongsu) ikut temankan abah. Aku kata abah ok ker nak hantar aku dengan Eisz ke Kuantan. Abah kata, Hang drive, abah duduk rehat. nanti balik abah dah tak kesah sangat dah.

Itu lah perangai abah aku. Sebelum kami berangkat ke Kuantan. Aku sekali lagi mencium tangan mak. Aku peluk mak. Aku kucup dahi dan pipi mak. Air mata mak mengalir ke pipi. Aku juga dalam keadaan sedih tapi sebab aku nak tunjukkan keegoan aku sebagai seorang anak lelaki, aku tahan air mata aku dengan senyuman.

Singgah di kedai bunga, Eisz telah menghadiahkan mak aku dengan sepasu pokok bunga mawar yang sedang berbunga empat kuntum. Eisz pesan dekat abah, bunga ni bagi dekat mak yer abah. Eisz juga belikan abah ikan MPK dua ekor dan Angel Fish dua ekor juga.

Aku? aku tukang bawak kereta cukup la. Hahaha. Nanti aku nak belikan mak seutas rantai emas yang sealu mak idam-idamkan. Nanti la kan.

Mak, abah, walaupun aku seorang yang suka membantah semasa kecilku, semasa aku dalam jagaanmu, ketahuilah, semua bantahan itu hanyalah sekadar untuk memuaskan nafsu aku sebagai seorang remaja yang suka memprotes. Namun, jauh di sudut hatiku, segala teguranmu itu, aku jadikan pedoman aku sebagai seorang perantau di tempat orang.

Semoga Allah memanjangkan umur mak dan abah. Amin.

No comments:

Post a Comment