Sunday, October 9, 2005

Al-kesah...

Hi all..
Setelah sekian lama aku tak update blog ini, terasa plak hari nih kebosanan sebab tak tau nak buat aper-aper.. So dalam post nih aku nak le cerita sket aper yang berlaku sepanjang aku tak mengupdate blogku ini..

1..Perubahan mendadak jadual waktu kelas yang mana semua cikgu petang dibenarkan pulang awal ke rumah bagi menyediakan juadah berbuka puasa..
2..Aku bz dengan mengisi segala markah untuk peperiksaan, markah untuk ujian lisan, markah untuk gred lisan murid-murid aku, serta pelbagai lagi aktiviti sekolah yang lain.
3..Serta perubahan yang tetap berlaku dalam jadual harian aku.. tido kol 2:30 bangun sahur plak kol 4:30, then sambung tido balik kol 6:30, bagun dari tido plak kol 10:30.. pegi sekolah, balik sekolah kena tolong member-member masak untuk makanan berbuka(walaupun aku hidup bujang, tapi geng-geng umah aku semuanyer tau masak, plaing koman, masak telor pedas), then.. lepak-lepak isap okok,makan makanan sampingan serta bermain ngan neopet aku..wahahaa.
4..Tiga hari lepas, ader sorang anak murid aku terhantuk kat meja menyebabkan pipi dia bengkak.
5..Semalam pegi pasar ramadhan pasal nak merasa ikan & ayam bakar di Kedai Kak Nita Sayangku(siap Harian Metro promote lagi, tuh yang nak merasa tuh).
6..Semalam gak pegi jenjalan kat SP sebab nak tengok jarak perjalanan dari umah aku ke rumah yang bakal aku duduki taun depan(kalau jadik laa kan..tapi kan jauh giler umah tuh, even dah guna highway)..On the way back home, tayar pancit, kena la rm20.Kopak den..

Berbalik kepada tajuk story aku.. Ya, pasal lalat.. tadi aku kua pegi tuka minyak itam motor Eisz, aku ternampak la sesuatu yang uncomon bagi aku. Sepasang lalat tgh bercumbu-cumbuan. Lama aku perhatikan telatah lalat tuh.. asyik jer die..hik.. dalam ati aku kata, oo camnih rupernyer lalat ####..hehe.. then aku teruskan perjalanan aku untuk menukar minyak hitam tersebut. Abeh jer tukar, aku balik umah, tapi sebelum tuh aku singgah kat satu mini market beli sabun basuh baju.
Sampai jer aku kat umah, nek lif, aku terperasan balik kat tempat tadi, Ya, sang lalats itu masih asyik bercengkerama di tempat yang sama.. dalam hati aku kata, lama gak dorang nih ber####. Hehe.. bia kat ko la lalat, asalkan zuriat ko bertambah dengan jayanya..Hiks.. Then masuk umah, kemas lelebih kurang, aku mandi n besiap koz japgi nak gi SP skali lagi pasal nak tgk perabot tuk raya(beli meja makan jer).Tak kesah la kan, janji aku beli sempena hari nak raya. Muahaha.. Lepas gi SP, pegi plak umah sorang member nih main masak² untuk berbuka. Menu masakan ader dekat eisz. Then, balik umah dalam keadaan kuyups sebab hujan.. Uwaaaa.. basah baju aku..
Sampai umah, mandi, then call member lama(Dato' Alimin)lama tak dengar cerita orang tua tuh. Tah ok ker tah idak.. call sekali tak dapat, 2 kali pon tak dapat, last-last call buat kali ke-5 baru dapat.. Bz sungguh Dato' nih. Dapat jer call trus tanyer kaba. Hehe.. everything is fine katanya... Ok lah Alhamdulillah, rezeki beliau pon dah semakin bertambah-tambah..
Erm, aku rasa takat nih jer la dulu post aku tuk kali nih. Ngantuk nih, japgi kol 4:30 pagi nak bangun sahur plak.. Ok laa.. Adiosssssss.... Smekommm..

Love, hug and kiss.

No comments:

Post a Comment