Thursday, October 27, 2005

Puisi Untuk Ayang...

Ayang, selalu I bertanya dengan you, bila you dengar sesuatu lagu tu kan, adakah you just dengar ataupun you menghayati lirik yang dinyanyikan oleh penyanyi tu?
Then you jawab, dah tentulah you menghayati lirik lagu tu, kalau tak buat apa dengar lagu kan...
So, everyday, I wonder, lirik yang macammana yang betul-betul dapat menyentuh jiwa dan perasaan you.. So, rasanya dari semua lirik-lirik tuh, macam satu pon takder yang menyebabkan hati you tersentuh, better I ciptakan satu puisi khas untuk you.. walaupun selama nih puisi yang I buat tuh memang ditujukan khas untuk you, and tak tau la samada you tersentuh atau pun tak.... So..biarlah I teruskan dengan membuat puisi-puisi yang ala-ala ciplak nih kan untuk tatapan you dan I berharap you akan tersentuh dengan puisi ni...

Puisi Untuk Ayang..

dari celahan kesibukan kota,
dari ceruk hiruk pikuk kekalutan desa,
mencari pendamping yang setia,
yang bisa membuat aku bahagia,
bisa menjagaku tika berduka,
yang akan menantiku pulang dari kerja,
juga akan bergembira bersama-sama...

setelah puas aku mencari,
segala onak dan duri telah ku lalui,
hanya untuk mencari seorang pencinta sejati,
yang tidak akan pernah menyesali,
segala pengorbanan yang telah diberi,
di kota aku bertemumu,
dengan segala kemewahan melimpahimu,
takut untuk ku sunting buat menemaniku,
apalah yang ada padaku,
ku tahu semuanya takkan cukup bagimu...

akhirnya kau sudi bersama,
dari kota, berhijrah ke desa,
tinggalkan ibu, tinggalkan bapa,
juga keluargamu yang dicinta,
hanya untuk mengejar cinta,
yang sudah pastinya takkan terkekal lama,
kerana kita adalah berbeza,
dari segi paras, rupa dan harta...

tapi bukan itu semua pintamu,
yang telah aku sedari seawal dulu,
kerna kau juga sama sepertiku,
hanya ingin mencari pencinta yang satu,
yang akan membahagiakan dirimu,
juga yang sudi menjagamu,
tak kira masa, ketika dan juga dimana-mana,
akan terus di sampingmu...

zahirku tidak pernah sengsara,
batinku tidak pernah terseksa,
kerna adanya kau pengubat segala,
hari-hariku sentiasa ceria,
walaupun tersentap kekadang-kala,
sememangnya itu lumrah bercinta,
suka dan duka direntasi bersama...

jika ditanya oleh sesiapa,
adakah aku telah berpunya,
sudah tentu akan kubalas iya,
kerna di dalam hatiku memang jelas dan nyata,
hanya cintamu yang layak bertahta,
bertahta di dalam jiwa,
sesungguhnya kau takkan kecewa...

hari bersilih, bulan berganti,
sudah sekian lama kita bersama,
hidup kita semakin bahagia,
cuma kadang-kala engkau menggila,
tanpa sebab, juga curiga,
satu pintaku padamu pujangga,
kebajikanmu harus ku jaga,
aku tak mahu kau akan diperguna,
oleh manusia yang mengejar benda...

ingatlah pesan wahai permataku,
tanpa sinarmu, gelaplah duniaku,
sekiranya kau hayati segala kenanganku,
akan kau patuh dan tunduk padaku,
dan takkan kau berpaling dari ku...

nukilan ku... nobit

No comments:

Post a Comment