Wednesday, November 30, 2005

Kisah senior yang melampau..

Minggu nih ada seorang budak yang baru nak tahu tentang dunia bekerja keras telah ditugaskan bersama-sama dengan seorang senior di tempat dia bekerja. Mungkin dalam arena pencarian pengalaman, budak itu telah dipertemukan dengannya satu pengalaman yang agak pahit baginya.

Satu hari dalam minggu nih, budak itu telah menyiapkan segala kerja yang di arahkan seperti di dalam buku kerja yang budak tuh baca. Dalam pada budak itu sedang merehatkan dirinya yang agak kaku dengan persekitaran yang agak asing baginya untuk beberapa minggu nih, arakian, datanglah senior yang ditugaskan bersama-sama dengan budak itu lalu budak itu telah diarahkan membuat satu kerja yang sebelum ini dia tak tahu menahu pon pasal tugas itu.

Budak itu kemudiannya telah diajak ke salah satu stor yang terdapat di situ. Satu kemusykilan telah terbentang di dalam kepala otak budak tuh.. Apa yang harus aku buat kat sini?? Fikir budak itu di dalam hati, hendak bertanyakan kepada senior itu, beliau risau sebab senior tersebut tak pernah kelihatan menyenyumkan diri beliau. Maka dengan kepala yang buntu, budak itu pun telah mendiamkan diri seribu bahasa.

Sesampainya mereka di stor tersebut, maka disuruhlah senior itu menyelongkar stor tersebut dan mencari bahan-bahan untuk dibuang kerana pihak atasan mahu kesemua bahan tersebut dibuang ataupun di'clear'kan dari pandangan mata kasar. Disuruh budak itu menyelongkar tiga buah kotak yang berisi contoh-contoh barang yang dahulunya pernah digunakan untuk kajian. Maka dengan muka selebet, budak itu pon mengikut arahan yang telah dikeluarkan oleh senior tersebut tanpa banyak soal. Satu-satu kotak diselongkar kerana hendak mengasingkan pelastik pembungkus contoh tersebut dengan contoh didalamnya..

Selepas sejam lebih budak itu menyendiri di dalam stor tersebut, maka telah letih lah dia. Walaupun tugas yang diberikan telah selesai dilaksanakan, namun di hati kecil budak itu terasa dirinya telah dipergunakan oleh senior tersebut. Dengan hati yang berang, buda itu pun berjalan tanpa bertegur-sapa dengan sesiapa pon yang ada di situ menuju ker satu telefon awam untuk diceritakan kisah yang terjadi kepada seseorang yang amat pentng bagi budak itu..

Beberapa nasihat telah diberi, Juga beberapa ayat yang kesat untuk budak itu terima juga telah diberi. Dengan muka yang masam mencuka, sekali lagi budak itu telah membuat satu tindakan yang drastik iaitu meninggalkan pejabat dan terus menuju ke arah kantin yang berada betul-betul dihadapan pejabat dia bekerja. Maka duduk lah budak itu di kantin tersebut seberapa lama yang disukainya..

Shingga lagi sejam hendak tamat 'shift', budak itu masuk semula ke dalam pejabatnya dan membuat muka selamba kodoknya membuat kerja-kerja yang tertangguh sebelum ini. Si senior pula dengan rasa bersalah cuba untuk berbaik-baik semula dengan budak itu. Mujurlah budak itu masih mempunyai hati dan maruah serta sedikit rasa ingin menjaga maruah diri, maka berbaik semulalah budak itu dengan seniornya itu...

Sekian sahaja cerita saya kali ini yang bertajuk seniorku di Fumakilla Malaysia Berhad.

No comments:

Post a Comment