Wednesday, December 7, 2005

Perbualan telefon..

Semasa aku tengah makan kat kantin tengah hari tadik, aku ader dengar sorang mamat nih berbual dalam telefon dengan begitu ringkas sekali.. Gelagat mamat tuh telah memberi satu inspirasi kepada aku tentang perbualan telefon antara pasangan kekasih..

Sewaktu mula-mula nak berkenalan..
Assalamualaikum..Awak kat mana tuh? Bila la kita nih nak jumpa ek? Teringin sangat bersua muka dengan awak..Iyer la, selama nih kita hanya berchating jer n saya pon boleh tgk gambar awak jer..hiks.. ok bye..Assalamualaikum..

Maka,pertmuan pon dirancangkan.. Lalu cinta telah berputik pada pandang pertama.

Semasa awal sessi percintaan...
Hai, awak kat mana tuh? Dah makan? Awak makan apa hari nih? Sedap tak? Erm..alangkah bagusnya kalau saya ada kat situ n makan-makan ngan awak..Miss n love you sooo much..muah..

Di sessi percintaan yang sedang membara...Awaaakkk.. Saya rindu sangat dengan awak.. Biler jumpa dengan awak jer,rasa tak puuuaass sangat. Saya nak selalu berdamping dengan awak. Makan sama-sama, keluar jalan-jalan sesama, kalau boleh...mandi pon nak sama..itu pon kalau awak kasik..hiks...bye I love you so much.muah..

Di pertengahan sessi percintaan..
Awak pegi mana? saya telefon awak lambat nak angkat, saya sms awak tak reply.. Nih mesti dah jumpa orang lain nih.. Awak jangan memain ngan saya tau...

Awaakkk.. Sorry ek, saya dah berkasar ngan awak.. Saya sebenarnya saaayaaaangggg sangat dengan awak.. Awak jangan la buat saya camnih dah ek..bye..miss u.

Di sessi kategori dah lama berkapel..Hah.. awak kat mana nih? Klua makan? dengan saper? oh..ok..bye..muah..

Di saat dah sket bosan..Hello..buat aper? oh.. iye? erm..ohhh!! hehehe..herm.hem..Hah?!! ohhh.. hum..ok lah..bye..

Di kala awan-awan hitam dah mula menampakkan dirinya dengan jelas...
Hello..iyer becakap..ooo Sorry.. nih kawan dia, dia takder kat sini laa. Dia tinggalkan phone dia kat sini.. Ader ape-ape pesanan untuk dia?ok,ok.nanti saya bagitau..(padahal..dia sendirik yang becakap dalam phone tuh dengan sedikit pengubahan pada peti suaranya..)

Biler dah terlampau fedup..
Hello..awak..kita clash la ek??ok bye..

Jadi, awasilah setiap perbualan telefon antara anda dan juga pasangan anda..mungkin dia sudah bosan dengan sikap ataupun cara anda berbual..hikss..aku pon men tulis jer mender yang terlintas kat kepala otak aku nih haa...ok lah.. Adiozzzz....

Love, hug and kiss...

No comments:

Post a Comment