Saturday, September 10, 2005

Kisah Seorang Budak Darjah 3.

Assalamualaikum kengkawan semua...
Hari ni aku ada satu kesah yang agak menarik nak citer kat korang sme.
Kat sekolah aku ada sorang budak. Nama budak Imran. Gambo dia takder dalam koleksi album aku. Hehehe.. Budak nih kalau korang nak tau, dia ada sedikit keistimewaan,iaitu.. selamba kodok nak mampus. Selama dua taun aku ngaja, baru hari nih aku dengar sesuatu tentang budak tuh.
So, ceritanyer cengginih, tadi aku masuk kelas English, so, dari tak buat aper², aku sajer ler besembang ngan bebudak aku tuh.. then satu cerita telah terbongkar. Mengikut sumber yang datangnyer dari beliau sendirik serta beberapa orang saksi mata mengatakan yang budak ini boleh memakan apa sahaja yang difikirkan oleh beliau dicuba.
Antara benda yang telah dimentekedarah oleh beliau adalah :- bunga (pahit sikit katanya), daun ( tak sedap), taik idung (pahit-so pepatah "taik idung masin" tuh salah lah ek), taik telinga (masin-sepatutnya klua pepatah "taik telinga masin"), taik dia sendirik (tak sedap lansung), kertas (tak rasa apa²), kapur tulis (tak rasa apa² gak), and many more yang aku sendirik takleh nak pecaya. And biler aku tanya balik dia naper dia makan sme mender² tuh, dia jawab dengan selambanya dia kata "saje jer sir, saya nak rasa", Erk tekezut aku ngan statement yang budak tuh kuarkan.
Then aku pk balik, mungkin inilah akan terjadi sekiranya berlaku perpecahan dalam keluarga. Yang jadik mangsa budak². Iyer la kan, dah tentu budak nih tensen ngan kelakuan ke2² org tuanya, so dia amek keputusan amek benda len yang leh bagi dier epi. Tak pon mak bapak budak nih tak pernah amek tau pon hal² anak dorang. Aku terkilan gak. Tah la. Selama nih pon aku ingat budak nih memang bodo piang, ruper²nyer dia nih bodo sengaja dibuat (just untuk amek perhatian orang len). Kesian aku ngan die nih.
Takperlah.. Aku sebagai seorang guru yang penuh dedikasi, akan mengajarmu dengan penuh semangat dan berwibowo.. But before I left the class, I told the kid that he cannot do those disgusting habbit.. And I do hope he will listen to what I'm saying.. Adios for now..

Love, hug and kiss...

No comments:

Post a Comment